Sunday, December 26, 2010

apa yang ku fikirkan...

selamat pagi,dunia! alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk bernafas.
hari ini saya ingin menceritakan perkara yang saya fikirkan sekarang ini.

1)hari kakakku pulang ke tanah air-lambat lagi ke? takde la,6 jan ni balik la.hurm,beberapa hari je tinggal.tak tahannya rindu kat kakak....waktu hari ambil result,kakak sempat telefon tanya result.lepas tu siap tanya lagi nak hadiah apa? ikutkan hati saya hendakkan kamera tapi kakak trading pula dgn ipod.wah! ipod....x pernah ada.bolehlah! jawabku.kepulangan kakakku dinanti-nanti kerana ingin meluangkan masa bersama-samanya.tinggal 1 tahun lagi nak dapatkan ijazah.
good luck kak ct! :D

2)yang mana satu?-hai...sekolah mane ye? yang pasti tahun depan stay kat p16.lepas tuh harap2 la dapat sekolah sbp...memandangkan ramai yang dpt 8A dlm kelas saya,mestilah ramai yang pindah.huhu,sedihnya.dekat 3 tahun dah dgn dorg semua...apa2 pun saya harapkan yang terbaik buat diri saya dan semua.:p

3)sains ke akaun?-dengar cerita tahun depan ade kelas LAMDA.betul ke nud?hehe,tapi apa yang penting saya nak ambil sains ke akaun?kalau ambil sains,mesti banyak cabang2 pekerjaan yang boleh dipilih.yang pasti kena la belajar bio.kalau ambil akaun pula,lebih pada ekonomi kan?
dua2 saya minat.xtau la nak pilih yang mana.

itulah perkara yang bermain-main di mindaku sekarang.sila komen...kalau nak.hehe.sekian,itu sahaja coretan saya sekarang.jumpa lagi.

p/s : bila nak buka sekolah ni? gatal tangan nak menulis. :p